Orang Papa
DEFINISI / KONSEP
Konsep Gelandangan
- Individu atau sekumpulan orang yang bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal tetapi mereka juga hilang kefungsian sosial
- Mereka yang tunawisma (mempunyai tempat tinggal atau rumah yang tetap) biasanya disifatkan sebagai tiada tempat tinggal yang tetap, selamat dan lengkap
- Mereka biasa bermalam di kaki lima, pondok sementara atau kediaman yang seumpamanya
- Dikenali sebagai Homeless (dalam Bahasa Inggeris)
Definisi Orang Papa berdasarkan Seksyen 2, Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)
- seseorang yang mengemis di tempat awam hingga menimbulkan kegusaran atau mengganggu orang ramai yang biasa mengunjungi tempat tersebut
- seseorang peleser yang dijumpai di tempat awam, sama ada ia mengemis atau tidak, yang tiada mata pencarian pada zahirnya atau tiada tempat tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.
1. Kehilangan punca pendapatan atau pendapatan mereka rendah
- Mereka yang berpendapatan rendah tidak berupaya untuk memilik atau menyewa tempat tinggal / kediaman
- Kos sara hidup adalah tinggi terutamanya di kawasan bandar
- Mereka yang menganggur tidak berupaya untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi
2. Faktor kesihatan
- Mereka menghadapi penyakit kronik seperti diabetes, asthma, kanser
- Sebahagian daripada mereka juga menghadapi penyakit mental seperti tekanan jiwa dan gangguan keperibadian paranoid
- Gangguan keperibadian paranoid: takut, curiga dan tidak percaya yang tidak terhenti terhadap orang lain
3. Kelemahan fizikal
- Kebanyakan orang papa merupakan orang tua / warga emas
- Dianggap sebagai beban kepada keluarga dan ditinggalkan oleh keluarga mereka
- Sebahagian daripada mereka dieksploitasi oleh majikan mereka (tidak dibayar pencen selepas bersara)
- Mangsa keganasan rumah tangga
4. Ketidakstabilan Politik
- Peperangan dan perebutan takhta dalam sesebuah negara telah menyebabkan ketidakstabilan politik
- Ketidakstabilan politik telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbantut dan meningkatkan kadar kemiskinan
- Rakyat terpaksa melarikan diri ke negara lain untuk kelangsungan hidup
- Larian / banduan terpaksa mengemis untuk mendapatkan punca pendapatan
- Mereka hanya boleh tinggal di kawsan setinggan atau merata tempat
CADANGAN DAN PENYELESAIAN JKMM – DESA BINA DIRI (DBD)
Pengenalan
- Desa Bina Diri (DBD) ditubuhkan untuk memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada pengemis dan orang papa bagi melahirkan individu yang produktif dan berkemahiran ke arah perubahan sikap yang positif untuk diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.
- Memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada penghuni yang terdiri daripada golongan papa
- Melatih penghuni supaya dapat menyesuaikan diri dan dapat di intergrasikan semula ke dalam masyarakat
- Melengkapkan diri dengan asas pembelajaran dan kemahiran
Terdapat lima buah DBD di bawah JKM :-
- DBD Mersing, Johor
- DBD Jerantut, Pahang
- DBD Kuching, Sarawak
- DBD Kota Kinabalu, Sabah
- Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh, Selangor
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 - 59 tahun
- Tiada keluarga
- Tiada pendapatan
- Tidak menghidap penyakit berjangkit
Kaedah Kemasukan
i) Sukarela
Permohonan kemasukan diproses mengikut kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
ii) Perintah Mahkamah
Kemasukan adalah atas perintah Mahkamah mengikut Peruntukan Akta Orang Papa 1977
KESIMPULAN
- Orang papa merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh ketidakfungsian sosial dalam sistem sosial
- Fenomena ini telah mencemarkan pemandangan dalam negara kita khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Melaka dan sebagainya
- Sehubungan dengan itu, fenomena ini secara tidak langsung telah menjejaskan reputasi dan imej negara kita dengan memberi indikator yang negatif kepada seluruh dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang kegiatan ekonominya terbantut
- Langkah yang lebih menyeluruh perlu direalisasikan oleh kerajaan kita dengan menetapkan gaji minimum yang lebih tinggi, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan serta memperketatkan undang-undang imigresen untuk menghalang kebanjiran orang pelarian.
No comments:
Post a Comment